Pengg4li kubur di Lembah Klang dan beberapa buah negeri lain kini m4mpu ‘berehat’ selepas lebih setahun bertungkus-lumus menyiapkan liang lahad untuk jenaz4h yang meninggal dunia akibat Covid -19.

Rata-rata mereka lega apabila jumlah kematian semakin berkurangan berbanding sebelum ini ketika kematian akibat virus pembunuh itu berleluasa dan melonjak hari demi hari.

Malah, ada antaranya perlu menyiapkan kira-kira 30 kubur sehari yang dilakukan dalam keadaan panas dan bermandi peluh berikutan perlu mengenakan peralatan perlindungan diri.

Di Lembah Kl4ng, penggali kubur, Nooreris Mohd. Nooh, 44, berkata, dia dan rakan-rakannya melahirkan rasa syukur apabila kadar kematian akibat Covid-19 di Kuala Lumpur dan Selangor semakin berkurangan sejak pertengahan bulan lalu.

Menurutnya, jika sebelum ini hampir 20 kubur perlu digali setiap hari dari pukul 8 pagi hingga 9 malam, namun sejak bulan lalu jumlah itu semakin berkurangan.

“Bersyukur sekarang semakin kurang kubur perlu disediakan dan semoga keadaan ini berterusan. Senario ini mungkin disebabkan semakin ramai divaksin,” katanya baru-baru ini.

Nada yang sama disuarakan penggali kubur di Tanah Perkuburan Selat Klang, Ismail Othman, 54, yang mengakui penurunan kes kematian membolehkannya mempunyai lebih masa untuk berehat berbanding sebelum ini.

Dia yang berpengalaman selama 10 tahun memaklumkan proses pengebumian semasa lonjakan kematian akibat Covid-19 mencecah sehingga 30 sehari.

“Memang mencabar sebelum ini apabila bekerja 17 jam sehari bermula pukul 8 pagi hingga 1 pagi keesokannya setiap hari.

“Namun, Alhamdulillah lega sedikit apabila kini purata pengebumian antara tiga hingga empat jenazah sehari,” ujarnya.

Sementara itu, Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Mohd. Firdaus Zakaria berkata, jumlah jenazah Covid-19 dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Kuala Lumpur berkurangan sejak beberapa minggu lalu.

Jelasnya, sepanjang bulan lalu tanah perkuburan itu menerima sehingga 25 jenazah Covid-19 dan kini bilangannya berkurangan bawah 10.

Dalam pada itu, di Bentong, wakil pasukan pengurusan jenazah Covid-19 al-Kifayah, Ahmad Fariz Ahmad Rusli, 49, berkata, tiada kes kematian direkodkan minggu ini, namun pasukannya sentiasa bersiap sedia memandang kes masih banyak.

“Sudah tiga hari tiada kematian dan kami berharap ia berterusan, namun kami juga sentiasa bersedia memandangkan banyak kes baharu dan terdapat banyak lagi kluster di negeri ini,” ujarnya.

Situasi berbeza berlaku di Ked4h, apabila pasukan penggali kubur Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Mawardah, Sungai Batu di Merbok dan Tanah Perkuburan Raudatus Salihin di Taman Kelisa, Sungai Petani mengakui tidak menang tangan menyediakan liang lahad susulan peningkatan kes.

Seorang petugas, Saiful Shahrhan, 38, berkata, sejak dua bulan lalu dia dan rakannya tidak pernah bercuti kerana setiap hari terdapat kes kematian.

Sementara itu, seorang lagi penggali kubur, Muhammad Osman berkata, sejak ditugaskan sebagai penggali untuk mangsa Covid-19 mulai Julai lalu, hampir 200 jenazah telah dikebumikan.

“Walaupun letih bekerja setiap hari tetapi demi tugas yang diamanahkan kami berjaya melaksanakannya,” katanya.

Selain itu, di Terengganu, Pengarah Pertahanan Awam Malaysia (4PM) negeri, Rosman Abdullah berkata, pihaknya masih tidak menang tangan mengebumikan jenazah antara dua hingga 11 mangsa Covid-19 setiap hari.

“Sejak akhir-akhir ini, hampir setiap hari pasti ada tugasan mengebumikan jenazah Covid-19 di seluruh negeri ini.

“Lebih 81 peratus jenazah terbabit terdiri daripada individu berusia 40 tahun ke atas,” jelasnya. –

Sumber : Kosmo

Teruskan bersama kami selepas anda membaca sila like & share. Terima kasih

MAKLUMAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen -komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pengomen itu sendiri.

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published.