MENTERI Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar meminta r4kyat Malaysia bersabar untuk melakukan aktiviti rentas negeri bagi menziarahi keluarga masing-masing.

Memetik laporan Astro Awani, menurut Khairy, pihaknya dalam peringkat akhir memuktamadkan prosedur operasi standard (SOP) rentas negeri sebelum dikemukakan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Ada harapan (rentas negeri), cuma saya minta sabar sekejap,” katanya.

Khairy berkata demikian dalam sidang akhbar di kementeriannya di Putrajaya pada Jumaat.

Jelas Khairy, perbincangan telah dilakukan dengan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah bagi tujuan tersebut.

Tambahnya, terdapat beberapa negeri yang masih rendah nilai ambang vaksinasi seperti Sabah, Kelantan, Perak, Kedah, Johor, Terengganu, Pahang dan Pulau Pinang.

“Kita semua maklum bahawa pembukaan sempadan negeri untuk pergerakan bakal mengundang risiko, berikan tempoh sikit lagi,” kata Ahli Parlimen Rembau ini lagi.

Untuk rekod, kali terakhir kerajaan memberi kelonggaran rentas negeri adalah pada Disember tahun lalu sebelum larangan dikuatkuasakan semula pada 11 Januari tahun ini ekoran peningkatan kes Covid. – Sumber : mstar.com

Mahu melancong ke Sabah – Mabul & Bohey Dulang – Lihat disini

Teruskan bersama kami selepas anda membaca sila like & share. Terima kasih

MAKLUMAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen -komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pengomen itu sendiri.

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published.