BERIT4 baik buat mereka yang sudah lama menanti saat untuk meluangkan masa bercuti bersama keluarga.

Beberapa destinasi pelancongan akan dibuka di bawah program ‘travel bubble’ berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan oleh kerajaan, dimulakan dengan Pulau Langkawi.

Perkar4 ini diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang memaklumkan bahawa pulau itu akan dibuka kembali kepada pelancong tempatan bermula 16 September ini.

“Sukacit4 dimaklumkan bahawa, mesyuarat bersetuju untuk membuka sektor pelancongan di beberapa destinasi di bawah program ‘travel bubble’ berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan.

“Sebagai permulaan, Pulau Langkawi telah dipilih sebagai projek rintis untuk dibuka kembali kepada pelancong tempatan bermula 16 September.

“Destinasi pelancongan yang lain akan dibenarkan beroperasi apabila k4dar vaksinasi lokaliti mencapai 80 peratus,” katanya dalam satu kenyataan media Sidang Khas Pengurusan Pandemik Covid-19 pada Khamis.

Dalam pada itu, Ismail Sabri juga memaklumkan peralihan fasa di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN) bagi dua buah negeri iaitu Melaka yang beralih kepada Fasa 2 dan Negeri Sembilan beralih ke Fasa 3.

Peralihan fasa bagi negeri-negeri di tersebut akan bermula pada 4 September 2021.

Berdasarkan unjuran data Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV), purata kadar vaksinasi di setiap negeri dijangka mencapai 80% bagi populasi dewasa menjelang penghujung September 2021.

Beliau percaya kadar vaksinasi 100% akan dicapai akhir Oktober 2021, sekali gus memberi perlindungan kepada Keluarga Malaysia.

Bagaimanapun, rakyat dan seluruh Keluarga Malaysia juga perlu bersedia untuk hidup bersama COVID-19 sebagai endemik selepas Oktober apabila suntikan vaksin dijangka selesai sepenuhnya.

Justeru, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) diminta untuk membentangkan strategi baharu pandemik dan endemik yang bersesuaian selain daripada pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) semata-mata. –

Sumber : mstar.com

Mahu melancong ke Sabah – Mabul & Bohey Dulang – Lihat disini

Teruskan bersama kami selepas anda membaca sila like & share. Terima kasih

MAKLUMAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen -komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pengomen itu sendiri.

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published.