R4KYAT PERLU BERSEDIA MENERIMA H4KIKAT BAHAWA MALAYSIA 4KAN BERADA D4LAM F4SA ENDEMIK COVID-19 TIDAK LAMA LAGI, K4TA MENTERI KESIHATAN, KHAIRY JAMALUDIDIN.

Beliau berkata, Malaysia dijangka memasuki fasa tersebut bermula akhir Oktober ini selepas 80 peratus populasi dewasa di negara ini lengkap menerima dua dos vaksin.

“Kita akan terima hakikat bahawa sekali pun kita berjaya mengawal pandemik ini dari segi kes jangkitan, kes kematian, kes kemasukan ke hospital, kita juga perlu bersedia menerima hakikat bahawa Covid-19 akan menjadi endemik dan kita hidup bersama dengan virus ini.

“Ini adalah konsisten dengan pendekatan negara-negara lain di mana kebanyakan negara sekarang ini sudah beralih daripada total containment kepada fasa endemik, di mana satu norma baharu diperkenalkan untuk kita hidup secara sihat dan selamat walaupun virus ini masih lagi berada dalam kalangan kita,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media pertamanya sebagai Menteri Kesihatan yang baharu, petang Rabu.

Khairy berkata, kerajaan akan mengumumkan langkah memudahkan prosedur operasi standard (SOP) sedia ada sebagai persediaan menghadapi fasa endemik.

“Kita akan mengumumkan langkah memudahkan SOP-SOP sedia ada supaya tidak terlalu banyak, terlalu rumit, supaya apabila kita masuk dalam fasa endemik nanti, kita ada senarai SOP yang jelas, mudah difahami akan sama-sama kita mempraktikkan sebagai persediaan untuk hidup bersama Covid-19 dalam fasa endemik.

“Tindakan-tindakan berikut perlu dilakukan oleh seluruh masyarakat, yang pertamanya mengamalkan norma baharu, di mana SOP yang dimudahkan.

“Kedua, mandatori pelitup muka akan diteruskan. KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) belum ada perancangan untuk melonggarkan mandatori atau keperluan memakai pelitup muka.

“Kita sudah melihat pengalaman di negara-negara lain di mana mereka melonggarkan mandatori pelitup muka, dengan adanya penularan varian-varian baru, mereka terpaksa memperkenalkan semula mandatori pelitup muka.

“Di Malaysia, kita akan mengamalkan pendekatan berhati-hati dan kekal dengan pemakaian pelitup muka,” katanya.

Menurut Khairy, usaha Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) akan diteruskan bagi memastikan seramai mungkin penduduk Malaysia menerima vaksin dan mendapat perlindungan imunisasi. – Sumber : mstar.com

Teruskan bersama kami selepas anda membaca sila like & share. Terima kasih

MAKLUMAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen -komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pengomen itu sendiri.

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published.