Kemenangan jaguh lontar peluru negara, Muhammad Ziyad Zolkefli meraih pingat emas di temasya Sukan Paralimpik Tokyo 2020, ditarik b4lik pada Sel4sa.

Kemenangan itu dibatalkan selepas protes dilakukan oleh atlet Ukraine membabitkan isu teknikal, dengan mendakwa Muhammad Ziyad lewat tiba di call room.

Dilaporkan, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata,kontinjen Malaysia telah mengemukakan bukti untuk membantah protes kem Ukraine yang menafikan pingat emas dimenangi Muhammad Ziyad Zolkefli dalam acara lontar peluru F20.

Terdahulu, 4tlet berusia 31 tahun itu bersaing dalam acara lontar peluru F20.

Kecemerlangan Muhammad Ziyad turut memecahkan rekod dunia dalam lontaran pertamanya dengan catatan 17.31 meter (m).

Susulan hilang kelayakan Muhammad Ziyad, atlet Ukraine berjaya meraih pingat emas dan perak bagi acara lontar peluru F20.

M4ksym Kov4l yang melakukan catatan 17.34 meter merangkul pingat emas, manakala pingat perak dimenangi Oleks4ndr Y4rovyi dengan catatan lontaran 17.30.

Pingat gangsa pula menjadi milik atlet dari Greece, Efstratios Nikolaidis yang melakukan catatan 15.93m.- mstar.com

Teruskan bersama kami selepas anda membaca sila like & share. Terima kasih

MAKLUMAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen -komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pengomen itu sendiri.

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published.