BARISAN Kabinet yang baharu dilantik perlu membuktikan pencapaian awal mereka dalam tempoh 100 hari pertama melalui setiap kementerian yang diterajui.

Ketetapan itu dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, yang menekankan buday4 kerj4 berprestasi tinggi bagi memberi keyakinan baharu kepada rakyat.

Menurutnya, Kabinet dan kementerian perlu dipastikan berupaya menggalas tanggungjawab ini dengan komited dan lebih proaktif.

“Saya berharap pelantikan K4binet ini akan memberi keyakinan baharu untuk negara bangkit dan bersatu dalam melawan Covid-19 serta membebaskan Keluarga Malaysia daripada kesengsaraan hidup akibat pandemik ini.

“Saya akan pastikan Kabinet ini menekankan budaya kerja berprestasi tinggi. Justeru, setiap kementerian perlu membuat perancangan jangka pendek dan jangka panjang serta mencapai sasaran yang ditetapkan.

“Untuk itu, setiap kementerian perlu membuktikan pencapaian awal dalam tempoh 100 hari pertama,” katanya dalam ucapan Pengumuman Kabinet, hari ini.

Ismail Sabri berkata, realitinya, negara masih berhadapan dengan cabaran dan rintangan, namun beliau yakin dan percaya bahawa tidak ada masalah yang tidak dapat diselesaikan.

“Oleh itu, marilah kita menggembleng segala usaha dan daya serta bekerja bersama rakyat dalam misi memulihkan negara.

“Namun, Kabinet saya tidak boleh bekerja bersendirian. Kami memerlukan dukungan semua penjawat awam dan seluruh rakyat Malaysia,” – Sumber : Malaysia-Today

Teruskan bersama kami selepas anda membaca sila like & share. Terima kasih

MAKLUMAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen -komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pengomen itu sendiri.

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published.