Detik kelahiran Muhammad Jayden Rifiansyah paling bermakna buat Rozalia Jerry dan suami, Mohd J4mal Marasad selepas setahun menanti.

Namun, kegembiraan Rozalia, 29, dan Mohd Jamal, 34, hanya seketika apabila bayi mereka disahkan menghidap masalah jantung berlubang pada usianya baru dua bulan.

Suri rum4h dari Semporn4, Sabah itu berkata, Muh4mmad Jayden Rifiansyah yang kini berusia tiga bulan dilahirkan secara normal pada 7 Mei lalu.

“Saya rasa tak sedap hati apabila dia selalu tak dapat habiskan susu. Bacaan jaundis Jayden juga tinggi dan berat badannya tidak naik-naik daripada 2.99 kilogram sejak dilahirkan.

“Kami membawanya ke Hospital Tawau dan pemeriksaan pakar mengesan bunyi jantungnya tidak normal,” katanya.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut pakar mengesahkan bayinya menghidap masalah jantung berlubang atau kecacatan septum ventrikel (VSD).

“Pakar memaklumkan anak saya perlu dibedah segera bagi menutup dua lubang pada jantungnya.

“Pembedahan perlu dilakukan di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur dengan kosnya mencecah RM70,000.

“Namun, dengan pendapatan suami sebagai penyelia pembersihan sebanyak RM1,200 sebulan, mana mungkin kami mampu menyediakan wang sebanyak itu,” katanya.

Berikutan itu, pasangan itu merayu sumbangan orang ramai bagi kelangsungan hidup satu-satunya permata hati mereka itu.

“Say4 sangat sedih sebab tak pernah sangka rupanya bayi saya ini ada masalah jantung.

“Sebagai ibu, saya mahu melihat anak saya sihat dan membesar seperti bayi lain.

“Saya berharap ada yang sudi memberi sumbangan dan semoga pembedahan ini berjalan lancar,” katanya.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh menyalurkan sumbangan menerusi akaun Tabung Kemanusiaan Media Prima-NSTP (Maybank 514105323170) atau melalui cek disertai nama pesakit (Muhammad Jayden Rifiansyah Mohd Jamal).

Cek boleh dihantar ke Jabatan Komunikasi Korporat Media Prima, Balai Berita, 31, Jalan Riong, 59100, Kuala Lumpur atau hubungi talian 03-24278678.- Sumber : FB MYSEMPORNAmymetro.com

Teruskan bersama kami untuk membaca sekiranya baik dan fikirkan untuk like & share. Terima kasih

MAKLUMAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen -komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pengomen itu sendiri.

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published.