SENARAI barisan Kabinet yang baharu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Baginda berkenan menerima persembahan senarai anggota jemaah Kabinet baharu di Istana Abdulaziz, Kuantan pada Khamis.

Menerusi posting facebook Istana Negara, Yang di-Pertuan Agong berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Istana Abdulaziz.

“Pada sesi menghadap yang berlangsung selama 1 jam 30 minit bermula jam 11 pagi, Seri Paduka Baginda telah berkenan menerima persembahan senarai anggota Jemaah Kabinet baharu daripada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob susulan pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri ke-9 pada 21 Ogos 2021 lalu,” menurut kenyataan itu.

Sesi menghadap pada Khamis merupakan yang kali kedua bagi Ismail Sabri sebagai perdana menteri.

Sesi menghadap yang pertama berlangsung selepas Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia beliau sebagai perdana menteri di Istana Negara, pada 21 Ogos lalu. – mstar.com

Teruskan bersama kami untuk membaca sekiranya baik dan fikirkan untuk like & share. Terima kasih

MAKLUMAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen -komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pengomen itu sendiri.

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published.