PERDANA Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob meninggalkan Istana Abdulaziz di Kuantan, kira-kira pukul 1.38 tengah hari tadi selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Hari ini, Dato’ Sri Ismai Sabri diperkenan menghadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di Istana Abdulaziz, Indera Mahkota, Kuantan.

Dalam pertemuan selama 1 jam 30 minit yang bermula pukul 11 pagi itu, Dato’ Sri Ismail Sabri telah mempersembahkan senarai anggota Jemaah Kabinet baharu ke sisi Baginda.

Beliau menjunjung titah dan menjunjung kasih atas nasihat serta pandangan bijaksana Baginda, terutama dalam hal ehwal kebajikan Keluarga Malaysia.

Ismail Sabri turut menyembah janji akan memastikan perkara tersebut diberi keutamaan oleh pentadbiran Kerajaan pimpinan Beliau.

Dato Sri Ismail Sabri melambai tangan kepada pengamal media yang menunggu di luar istana, namun tidak memberikan sebarang komen.

Perdana Menteri sepatutnya mempersembahkan senarai itu bagi mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada Rabu, tetapi difahamkan ia ditangguhkan berikutan baginda berada di Kuantan. – Sumber – mstar.com

Teruskan bersama kami untuk membaca sekiranya baik dan fikirkan untuk like & share. Terima kasih

MAKLUMAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen -komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pengomen itu sendiri.

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published.