TIGA ketua parti pembangkang dilapor mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Rabu.

Menurut Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil pertemuan itu melibatkan Presiden parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Amanah, Mohamad Sabu.

“Jam 2 petang ini akan berlangsung pertemuan antara Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohamad Sabu dan Lim Guan Eng bersama Datuk Seri Ismail Sabri di Pejabat Perdana Menteri, atas jemputan Pejabat Perdana Menteri,” katanya menerusi satu pesanan ringkas di Whatsapp.

Pertemuan itu diadakan ketika tumpuan terarah kepada Ismail Sabri tentang pelantikan barisan Kabinet baharu selepas beliau mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada Sabtu lalu.

Beliau mengambil alih tampuk pemerintahan selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin meletak jawatan ekoran kehilangan sokongan majoriti di Dewan Rakyat.

Jemputan terhadap ketiga-tiga wakil pembangkang itu memperlihatkan keterbukaan Ismail Sabri untuk mencapai kata sepakat dalam mengurangkan tekanan politik yang ketika ini menjejaskan usaha memerangi pandemik Covid-19.


Malah tindakan beliau itu juga dilihat selaras dengan titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah yang menzahirkan harapan agar dengan pelantikan Perdana Menteri baharu, kemelut politik dapat diakhiri dengan segera.

Baginda juga bertitah agar kesemua Ahli-ahli Dewan Rakyat dapat mengenepikan agenda politik dengan bersatu hati dan bersepakat berusaha menangani pandemik Covid-19 demi kepentingan rakyat dan negara. – Sumber : mstar

MAKLUMAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen -komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pengomen itu sendiri.

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published.