PERDAN4 Menteri, YAB Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, beliau tidak akan melantik anggota parti pembangkang dalam senarai barisan Kabinet baharu.

“Tidak melibatkan wakil pembangkang dalam Kabinet. Tiada kerajaan perpaduan bersama pembangkang,” katanya dipetik sebagai berkata pada Isnin.

Perdana Menteri menjelaskan bahawa senarai Kabinet akan diumumkan pada minggu ini dan menafikan setiap senarai yang tersebar di media sosial.

“Jangan percaya mana-mana senarai. Setiap hari akan ada senarai baru. Tapi terima kasih kepada anda kerana membantu saya,” ujarnya secara berseloroh.

Beliau menambah, senarai Kabinet baharu perlu mendapat perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Ismail Sabri berkata, setakat ini beliau menerima maklum balas yang menggalakkan daripada parti pembangkang yang mahu menyertai Majlis Pemulihan Negara (MPN).

“Nampaknya kita mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pembangkang. InsyaAllah, kita akan duduk bersama dan berbincang,” kata Perdana Menteri.

Ditanya sama ada beliau akan mengatur barisan Kabinet berdasarkan peratusan perwakilan parti politik, beliau bagaimanapun enggan mengulas.

“Ia berbahaya, semakin dekat,” kata beliau dipetik oleh Vibes sebagai berkata, dalam sidang media, Isnin.

Ismail Sabri dalam ucapan sulung sebagai Perdana Menteri, meminta semua rakyat Malaysia untuk bersama sebagai ‘Keluarga Malaysia’ untuk memulihkan negara dan memerangi pandemik Covid-19. – Sumber : mstar.com

Selepas membaca sila like & share. Terima kasih

MAKLUMAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen -komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pengomen itu sendiri.

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published.