4KUI wang simpanan semakin berkurangan akibat tidak dapat bekerja ketika negara masih dalam fasa Pelan Pemulihan Negara, pelakon 4zlee Senario mengambil inisiatif menjana pendapatan dengan berniaga buah-buahan.

Ujar 4zlee atau nama penuhnya Mohd 4zlee Jaafar, 54, dia membuang perasaan malu dan menjalankan perniagaan ini demi menyara keluarga.

“Semua artis pendapatnya adalah shooting, buat persembahan atas pentas tapi tak boleh… apabila tak boleh kita jangan malu, kita kena positif untuk menambahkan pendapatan demi sara hidup keluarga.

“Saya mengambil pendekatan untuk berniaga buah-buahan, Alhamdulillah sambutan sungguh menggalakkan. Syukur kepada Allah, Allah sayang kita dan inilah hasilnya kita dapatlah menyara keluarga,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Azlee tidak menyangka personaliti dakwah iaitu Ebit Lew datang ke gerai buahnya bagi memberi sokongan.

“Masa Ebit Lew datang saya memang teruja dan terkejut, kita semua tahu dia seorang pendakwah yang hebat.

“Saya rasa bersyukur sangat, dia banyak beri motivasi dan turut membeli buah untuk support… dengan kata-kata semangat daripada dia, saya akan terus berjuang dalam perniagaan sempena dengan PKP ini,” katanya. – Sumber : mstar.com

Teruskan bersama kami, selepas anda membaca sila like & share. Terima kasih

MAKLUMAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen -komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pengomen itu sendiri.

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published.