TAHNIAH Kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob yang telah disahkan perlantikan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke 9 sebentar tadi oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara.
Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, dijangka akan mengangkat sumpah jawatan pada esok hari 21.08.2021 jam 2.30 petang di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara.
Semoga Malaysia akan bertambah aman damai dan diharapkan kepimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob dapat diterima oleh rakyat dan dapat menjalankan tugas beliau dengan baik.
Selepas membaca sila like & share. Terima kasih