PENDAKWAH terkenal, Ebit Lew selesai memberi keterangan di Bukit Aman berhubung satu kes dakwaan gangguan seksual, petang Khamis.

Ebit ketika ditemui pemberita di luar pekarangan Bukit Aman berkata, beliau memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, selama kira-kira sejam.

Tambah Ebit, beliau dipanggil bagi memberikan kerjasama sebagai saksi berkenaan dakwaan tersebut.

“Saya membantu siasatan dan terserah kepada pihak polis.

“Ia merupakan satu fitnah yang sangat kejam dan melampau. Saya serahkan semuanya kepada pihak polis,” katanya kepada pemberita selepas keluar dari Bukit Aman, kira-kira pukul 2 petang Khamis.

Ebit bagaimanapun reda dengan perkara yang menimpa beliau.

“Saya selalu cakap kat mana-mana dan ia pelajaran untuk saya. Saya percaya hidup ini cuma satu tujuan iaitu untuk Allah sayang.

“Saya maafkan sesiapa saja yang mungkin apa yang terjadi di luar sana dan boleh menilai sendiri.

“Saya yakin yang terjadi ini membuatkan saya lebih bersemangat, saya akan teruskan usaha saya untuk membantu… Saya nak meneruskan kebaikan sampai bila-bila, sampai mati InsyaAllah,” ujar beliau yang kemudian beredar dengan pacuan empat roda Toyota Hilux.

Terdahulu, Ebit bersama peguamnya, Datuk Hasnal Rezua Merican hadir ke Bukit Aman, pagi Khamis, dipercayai bagi membantu siasatan kes gangguan seksual.

Siasatan dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

Sumber : mStar.com.my

Selepas membaca sila like & share. Terima kasih

MAKLUMAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen -komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pengomen itu sendiri.

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published.