PELAKON veteran Mak Wan kini dikhabarkan sedang menjalani kuarantin kendiri di rumah atas nasihat doktor.

Ujar Mak Wan atau Halimaton Saadiah Mohd Daud, dia mengalami demam selama tujuh hari sehingga terpaksa menjalani ujian calitan Covid19 dan bersyukur keputasannya negatif.

“Tujuh hari saya demam dan lepas itu KKM ada datang buat swab test dan sekarang saya kena kuarantin kendiri.

“KKM ingat saya demam apa sebab dah tujuh hari… lagipun saya tidak pergi klinik. Jadi mereka risau dan terus datang ke rumah. Lepas periksa memang tiada apa-apa, Alhamdulillah,” ujarnya kepada mStar.

Dalam pada itu, Mak Wan berharap agar rakyat Malaysia terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) kerana bimbang kes Covid-19 yang semakin meningkat.

“Kepada yang kat luar sana tolonglah… Saya yang tua ini duduk kat rumah takut nak keluar, kesianlah pada ibu-ibu yang mengandung, cucu-cucu kena duduk dalam wad tanpa emak, kesian pada frontliner kita.

“Duduklah rumah jangan suka sangat nak berjalan balik kampung sana sini. Tolonglah! dengarlah apa orang cakap,” katanya.

Sumber : mStar.com.my

Selepas membaca sila like & share. Terima kasih

MAKLUMAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen -komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pengomen itu sendiri.

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published.