SERAMAI 114 ahli Parlimen yang menandatangani akuan bersumpah (SD) dengan menamakan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon perdana menteri, dipanggil menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Khamis.

Kesemua mereka dipanggil bagi mengesahkan pendirian mereka terhadap sokongan tersebut.

Mereka akan menghadap Yang di-Pertuan Agong secara berperingkat dari pukul 10 pagi sehingga pukul 5 petang.

Menurut sumber, ahli Parlimen tersebut terdiri daripada Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan wakil rakyat bebas yang menyokong naib presiden Umno tersebut sebagai perdana menteri.

Terdahulu, kesemua ahli Parlimen diberi tempoh sehingga pukul 4 petang Rabu untuk mengemukakan SD bagi menamakan calon perdana menteri yang baharu.

Sebanyak 114 undi yang diperoleh Ismail Sabri bermaksud bahawa Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal mendapat sokongan yang mencukupi untuk menjadi perdana menteri.

Sumber : mStar.com.my

Selepas membaca sila like & share. Terima kasih

MAKLUMAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen -komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pengomen itu sendiri.

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published.