Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, akan membuat satu pengumuman penting, esok.

Perkara itu dimaklumkan 4hli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) BERS4TU, Datuk Seri Redzuan Yusof, selepas mesyuarat MPT di Publika, di sini, hari ini.

“Insya Allah ada pengumuman esok, apa pun kita tunggu lah,” katanya ditemui media selesai mesyuarat itu.

Mesyuarat MPT dipengerusikan Muhyiddin berlangsung dua jam.

Turut hadir, Timbalan Presiden parti, Datuk Seri 4hmad Faizal Azumu dan 4hli MPT, Datuk Seri Mustapa Mohamed, Datuk Saifuddin Abdullah, Datuk Zuraida Kamaruddin, Datuk Kamarudin Jaafar, Datuk Mansor Othman, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali dan Datuk Mohd Rashid Hasnon.

Mengulas lanjut, Redzuan berkata, mesyuarat berkenaan membincangkan ke arah dan bentuk yang akan terjadi kepada kerajaan sekiranya Perdana Menteri meletakkan jawatan.

“Perdana Menteri telah meneliti beberapa pilihan…dan langkah yang diambil semuanya semata-mata untuk kepentingan rakyat terhadap krisis hari ini.

“Ini bila kita nampak ada segolongan yang tidak bertanggungjawab untuk memastikan nasib rakyat digadaikan, ” katanya.

Beliau menyatakan dalam keadaan sekarang semua pihak sepatutnya memastikan usaha mengekalkan segala apa yang sudah dibawa oleh Perdana Menteri dan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Tetapi kita (PN) akur kepada Perlembagaan. Sekiranya mereka menarik sokongan atas dasar peribadi tanpa mengira kepentingan rakyat, maka kita uruskan dengan cara terbaik.

“Jadi terpulanglah kepada Yang di-Pertuan Agong bagi memastikan negara ini terus diterajui (mereka) yang mementingkan keprihatinan dan kesejahteraan rakyat,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri 4hmad Faizal Azumu enggan mendedahkan butiran mesyuarat itu.

“Mesyuarat ini hanya bincang isu berkaitan kepentingan keselamatan dan kesihatan rakyat,” katanya ringkas.

Sumber : bharian.com.my

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published.