Kami percaya sejak pandemik Covid19 melanda dunia dan pelaksanaan PKP,PKPD,PKPB dan pelbagai PKP ni anda semua sudah tentunya rasa terkurung & tertekan.

Apa tidaknya berminggu, berbulan dan sekarang dah hampir 2 tahun asyik terperuk di rumah. Kalaupun dapat berjalan mungkin hanya sekadar pergi ke pasar atau kedai runcit untuk membeli barang keperluan harian.

Biasanya dalam masa terkurung di rumah macam -macam impian akan timbul dalam kotak pemikiran kita betul tak ? antara impian itu kalaulah saya dapat keluar pergi ke pantai mandi manda air laut snorkeling dan menyelam, lepas tu makan makanan laut ikan ketam dan macam macam lagilah, huuuu alangkah bersyukurnya saya. Dan antara tempat yang mesti saya kunjugi ialah SEMPORNA SABAH kenapa ?

Semporna adalah sebuah pekan kecil yang terletak di Pantai Timur Sabah. Di Daerah Semporna terdapat banyak pulau yang masih asli dengan ekosistem yang terpelihara. Selain Pulau Sipadan yang tersenarai salah satu 7 benda ajaib di dunia , Pulau Mabul juga mempunyai keunikannya tersendiri.

Sudah tentu ini akan memberikan pengalaman perjalanan yang sangat menarik dan mencabar, bagaimana? Rilautcab, penyedia pengangkutan awam laut terbesar di daerah Semporna dengan harga patut dan mesra pelanggan, dapat membawa anda ke sana untuk menikmati dan mengalami sendiri perjalanan yang mencabar.

Pulau Mabul mempunyai ukuran yang agak kecil, terlihat melengkung dari pandangan atas dan terdapat banyak jenis karang di sekitarnya. Karang adalah tumpuan spesies ikan laut kerana ia menjadi tempat pembiakan plankton.

Bahagian dasar lautnya tidak dalam dan terletak di landasan benua Laut Sulawesi. Kedalamannya sekitar 25 hingga 30 meter sesuai untuk aktiviti menyelam atau pun snorkeling. Rilautcab ada menyediakan peralatan menyelam dan boleh disewa dengan harga yang berpatutan.

Banyak makhluk eksotik seperti Sotong Kurita, udang, ketam, rumpai laut dan sebagainya menghuni dasar laut Pulau Mabul. Ini tentunya memberi kepuasan kepada pengunjung untuk datang lagi ke Pulau Mabul, terutamanya bagi mereka yang sangat ketagih menyelam ke dasar laut.

Selain Pulau Mabul yang memiliki keunikan geograpinya, Pulau Mabul juga di huni oleh sebahagian Bajau Laut yang hidup berpindah randah dengan budaya hidup yang juga unik dan penuh misteri dengan sejarahnya tersendiri menghiasi perjalanan anda. Pulau Bohey Dulang dan sekitarnya seperti Pulau Mantabuan,Sibuan dan Maiga juga tidak kurang keindahan pantainya yang membiru, sudah tentunya impian anda untuk melancong kesini tidak akan sia sia dan rasa terkurung sebelum ini akan rasa lega melihat anugerah keindahan alam. Tapi ! kena tunggu juga reda Covid ni dan sekatan perjalanan ditamatkan. Sabar yeee

Sekiranya anda ingin merasai sendiri pengalaman berharga ini? Cubalah ! Rilautcab sedang menunggu panggilan anda untuk membawa anda ke sana. Sebelum itu, jom tinguk bah Youtube channel kami, subscribe like dan share agar anda mendapat pengalaman terkini sebelum anda sampai di Pulau Mabul, kita jumpa di Semporna dan bersama-sama ke Pulau Mabul.

Sumber : rilautcab.blogspot.com

Rilautcab Youtube Channel

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published.