Kerajaan Sabah akan terus menguatkuasakan larangan rentas D4erah susulan peningkatan mendadak kes C0VID 19 di negeri itu sejak dua minggu lalu.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, pihaknya memandang serius peningkatan kes itu pelbagai usaha sedang dilakukan termasuk meningkatkan kadar vaksinasi.

“Bagi larangan rentas daerah ini, beberapa sekatan jalan raya akan dilaksanakan. Justeru saya mengharapkan rakyat di Sabah patuh kepada S.O.P yang ditetapkan,” katanya.

Kelmarin, Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sabah ada mengeluarkan S.O.P bagi Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara bagi negeri itu yang menyatakan larangan rentas daerah masih terguna pakai kecuali hal-hal kecemasan, tuntutan tugas dan janji temu vaksinasi.

Kemas kini garis panduan dan S.O.P itu juga menjelaskan sebarang aktiviti rentas daerah melibatkan hal kecemasan perlu kebenaran daripada pihak polis.

Dalam pada itu, Hajiji menggesa penduduk Sabah supaya kekal mematuhi S.O.P dan tidak mengadakan perkumpulan beramai-ramai dalam usaha mengurangkan kes jangkitan C0VID 19.

“Vaksinasi adalah kunci untuk kita menangani C0VID 19 dan kerajaan negeri berusaha memberikan vaksin kepada rakyat yang lain secepat mungkin. Selain itu, rakyat juga perlu berdisiplin dan mematuhi S.O.P,” katanya.

Setakat ini, 1,227,628 atau 44.5 peratus populasi dewasa di Sabah sudah menerima dos pertama vaksin.

Sumber : sabahgazette.com

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published.