Kerajaan akan mempertimbangkan untuk mewajibkan pengambilan vaksin Covid19 di Malaysia bagi mencapai sasaran imuniti kelompok menjelang 0ktober ini.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan meneliti perkara berkenaan dan ia akan diumumkan selewat-lewatnya bulan depan sebaik sahaja kajian menyeluruh dijalankan.

Beliau berkata, ia termasuk kajian ke atas golongan yang menolak vaksin atau antivaksin dan tindakan undang-undang mengikut peruntukan sedia ada akan dikenakan jika suntikan vaksin diwajibkan.

“Kita sedang timbang sama ada nak wajib mandatori atau apa, sedang teliti (dan) tak lama lagi, kita akan umumkan sama ada bulan ini atau bulan depan.

“Kita akan kaji terlebih dahulu jika kumpulan antivaksin ini tidak mahu menerima vaksin kerana berpenyakit atau sengaja tidak percaya dengan vaksin.

“Dengan pelbagai varian yang ada termasuk delta, kita bimbang ia akan merisikokan orang lain termasuk mereka yang sudah divaksin.

“Jadi, saya merayu kepada mereka yang tidak bersedia (divaksin) bersedia (untuk) terima (vaksin) kerana sudah ramai ambil vaksin dan terbukti apabila bila vaksin diberi kehidupan rakyat lebih terjamin dan kalau terkena jangkitan, ia tidak begitu berbahaya dan pulih cepat sebab sudah ada antibodi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Taman Tamadun Islam (TTI), di sini, sempena lawatan kerjanya ke Terengganu, hari ini.

Turut hadiri Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk 4hmad 4mzad Hashim.

Mengulas suntikan vaksin kepada remaja berusia 16 dan 17 tahun, Muhyiddin berkata, perkara itu akan diputuskan sebaik vaksinasi terhadap rakyat Malaysia berusia 18 tahun dan ke atas selesai.

Dalam lawatan itu, Muhyiddin berkata, sebanyak 590,000 lagi dos vaksin akan dihantar ke Terengganu pada bulan ini untuk meningkatkan peratusan penerima vaksin negeri berkenaan.

SUMBER : hmetro.com.my

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published.